mpulan 100 Kata Kata Cinta Paling Romantis 2015

Kata Kata Iwan Fals Tentang Cinta dalam Setiap Lagunya

Kata Kata Iwan Fals Tentang Cinta dalam Setiap Lagunya

Hari ini siapa yang tak tahu kata kata iwan fals tentang cinta ? Jelas jika ada diantara kalian semu...
Kumpulan Kata Kata Cinta Tahun Baru 2016

Kumpulan Kata Kata Cinta Tahun Baru 2016

Sebentar lagi kita akan menyambut tahun baru 2016, apakah Anda sudah menyiapkan kata kata cinta tahu...
Kata Kata Patah Hati Karena Dikhianati Cinta Terbaru

Kata Kata Patah Hati Karena Dikhianati Cinta Terbaru

Kata kata patah hati karena dikhianati cinta memang menyakitkan. Siapa yang tak sakit jika sampai d...
Kumpulan Gambar DP BBM Kata Kata Cinta LDR Terbaru

Kumpulan Gambar DP BBM Kata Kata Cinta LDR Terbaru

Banyak pasangan yang beruntung dapat bertemu dengan kekasih hati setiap saat, namun ada juga pasanga...
Kumpulan Kata Kata Mengungkapkan Cinta Romantis

Kumpulan Kata Kata Mengungkapkan Cinta Romantis

Kata kata mengungkapkan cinta yang baik adalah kata kata yang sangat jujur. Sebab cinta sejatinya m...
Kata Kata Penantian Cinta yang Tak Kunjung Terbalas

Kata Kata Penantian Cinta yang Tak Kunjung Terbalas

Kata kata penantian cinta ini sangat cocok dipasang oleh orang orang yang sedang menati sebuah jawa...
Gambar Kata Kata Cinta Cemburu Terbaru 2015

Gambar Kata Kata Cinta Cemburu Terbaru 2015

Cemburu merupakan hal yang lumrah dalam setiap hubungan, justru cemburu merupakan hal yang baik kare...
10 Kata Kata Cinta Kesetiaan Paling Menyentuh

10 Kata Kata Cinta Kesetiaan Paling Menyentuh

Kata kata cinta kesetiaan - Cinta yang paling tulus dan murni adalah adanya sebuah kesetiaan. Kata ...
Kata Kata Cinta Ditolak Patah Hati

Kata Kata Cinta Ditolak Patah Hati

Kata kata cinta ditolak seolah memang terdengar menyakitkan, namun kata kata tersebut sebenarnya me...
Kata Kata Semangat Putus Cinta Sebagai Motivasi

Kata Kata Semangat Putus Cinta Sebagai Motivasi

Kata kata semangat putus cinta merupakan kata kata yang sangat cocok untuk dikatakan kepada para pa...

Monday, January 3, 2011

Filem Ngangkung Download

TIGA pelakon utama filem Ngangkung download full free movie, dari kiri Angah Raja Lawak, Azad Jazmin dan Shaheizy Sam.

Ngangkung ada mesej, sindiran

DALAM banyak perkara, isu yang membabitkan perihal kegiatan nombor ekor boleh dikatakan tiada langsung disentuh oleh mana-mana syarikat penerbitan mahupun produksi filem untuk dijadikan subjek utama dalam sesebuah pembikinan filem.

Mengetengahkan isu nombor ekor barangkali ada yang berpendapat bahawa ia merupakan sesuatu yang cukup sensitif untuk dipaparkan. Apatah lagi apabila ia melibatkan kegiatan pemujaan.

Di kalangan masyarakat Melayu, bermain nombor ekor sememangnya ditegah oleh agama namun, tidak dinafikan masih ada lagi yang gemar berjinak-jinak dalam kegiatan tersebut.

Inilah realiti yang berlaku dalam kehidupan golongan minoriti, pengamal nombor ekor. Bagi mereka, ia merupakan cara mudah dan paling selamat untuk cepat kaya.

Mengambil pendekatan isu tersebut, syarikat produksi Metrowealth (MIG) Production Sdn. Bhd., menyentuh tentang ketaksuban serta bahana akibat kegiatan memuja nombor ekor dalam sebuah lagi filem terbaru mereka, Ngangkung.

Tidak mahu terlalu serius mengetengahkan isu tersebut, teguran dan sindiran melatari filem genre komedi seram tersebut.

Barisan pelakon yang menjayakan filem tersebut ialah Shaheizy Sam, Angah Raja Lawak, Azad Jazmin, Putri Mardiana dan Eira Syazira.

Turut berlakon ialah Hamdan Ramli, Azlee Jaafar, Mazlan Pet Pet, Ruzaidi Abdul Rahman dan pelakon cilik, Farisya Fatin.

Merupakan filem ke-42 terbitan syarikat itu, dengan kos yang dijangka sebanyak RM1.65 juta, filem pertama arahan Ismail Bob Hasim (Bob) itu memulakan penggambarannya di sekitar Kuala Selangor pada 16 Januari (Sabtu lalu).

Bob merupakan pengarah kelima yang diperkenalkan oleh MIG di bawah skim 10 pengarah muda yang dihasilkan.

Sebelum ini, Bob telah banyak terlibat dengan kerja-kerja sebagai penolong pengarah dan menghasilkan drama seperti Jangan Tegur Lagi.

Penerbitnya, David Teo ketika ditemui pada majlis pelancaran filem itu di Restoran Lemon, Seri Kembangan baru-baru ini memberitahu, Ngangkung merupakan filem ketiga diterbitkan oleh MIG selepas kejayaan filem bergenre serupa, Jangan Pandang Belakang Congkak yang mendapat sambutan hangat daripada penonton.

Kesedaran

Kata David, pada asalnya filem tersebut bertajuk Empat Ekor namun setelah melakukan perbincangan nama Ngangkung akhirnya dipilih.

"Ngangkung merupakan perbuatan memuja nombor ekor sambil bercangkung. Kami percaya perkara ini walaupun tidak banyak tetapi merupakan realiti kepada mereka yang hidup di kalangan medium berpendapatan rendah.

"Sebab itu kita buat filem ini untuk memperlihatkan kepada umum tentang masalah yang dihadapi oleh golongan sebegini dan secara tidak langsung ia menjadi penyebab mendorong mereka mengambil nombor ekor.

"Bagaimanapun, kita tidak mahu terlalu serius dalam memaparkan isu sebegini sebab itu kita buat dalam bentuk komedi seram dan dalam masa yang sama diharap dapat menimbulkan kesedaran serta memberi sedikit sindiran," katanya.

Ngangkung melatari kisah seorang pemandu lori, Azim yang hidup serba sederhana bersama isterinya, Suri dan anak perempuannya. Dua sahabat baiknya ialah Tasnim dan Wan yang merupakan kaki ekor.

Tabiat serta aktiviti Tasnim dan Wan memang diketahui oleh isteri masing-masing. Azim pada asalnya tidak pernah menghiraukan aktiviti mereka tetapi akhirnya terpengaruh kerana desakan dan kesempitan hidup.

Ditambah pula dengan kejayaan Tasnim mengubah gaya hidup setelah berjaya memenangi nombor ekor hasil ngangkung.

Bermula dengan hanya melihat, semakin hari Azim semakin seronok menyertai aktiviti dua rakannya itu secara senyap tanpa pengetahuan Suri.

Pelbagai cara serta bermacam jenis bomoh yang mereka temui semata-mata untuk mendapatkan nombor yang perlu dibeli dan dalam masa yang sama, pelbagai kejadian seram dan lucu terjadi sepanjang mereka mengangkung.

Perubahan ketara dalam hidup Azim berlaku apabila dia terlibat secara lebih serius sehingga mengabaikan keluarga akibat taksub untuk mendapatkan nombor ekor.

Begitu juga dengan kehidupan Tasnim dan Wan, sehinggakan suatu hari berlaku kejadian yang benar-benar mengubah hidup mereka.

Sementara itu pengarahnya, Bob, pada majlis yang sama memberitahu, pelbagai aksi komedi dan konflik timbul ketika mereka menjalankan aktiviti mengangkung.

"Walaupun ia isu terpinggir, namun kita tidak dapat lari daripada kenyataan bahawa pada masa kini masih ada lagi perbuatan memuja nombor ekor.

"Pelbagai kejadian lucu dan seram timbul dengan sendirinya ketika mereka mengangkung dalam filem ini," kata Bob mengakhiri perbualan.

No comments:

Post a Comment